07 Ogos 2011

Ramadan Datang Lagi!!!

Assalamualaikum!!!!!!!!!!!

Tap tip tup, hari ni dah masuk hari ke-7 kita berpuasa!! Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu Ramadan kali ini. Jangan pula kita sia2 kannya..

Dah seminggu puasa, agak2 di mana tahap puasa kita??

Mari kita semak..

Tahap 1: Puasa orang Awam.
Apa maknanya? Mereka ini yang berpuasa hanya sekadar menahan diri dari perkara2 yang membatalkan puasa. Makan dan minum di siang hari adalah yang paling mudah. Ini adalah tahap yang paling rendah. Sebab itu dikatakan ini adalah puasa orang awam. Adakah kita??


Tahap 2: Puasa orang Khusus.
Yang ni tahap dia atas sikit dari yang pertama tadi. Di samping mereka ini dapat menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa, mereka ini dapat juga menahan diri dari perkara2 yang membatalkan PAHALA PUASA. Di ulangi, PAHALA PUASA yer. Contohnya? Menahan mata dari melihat yang haram, menahand lidah dari mengumpat, mengeji dan berdusta. Selain itu, mereka juga dapat menahan telinga dari mendengar perkara2 yang sia2 selain2 amalan2 lain yang dapat membatalkan pahala puasa. Hebat bukan? Adakah kita sudah sampai ke maqam ini?


Tahap 3: Puasa para Nabi.
Ini adalah tahap yang tertinggi pada puasa yang kita jalankan. Yang ni susah sikit aku nak describe, kang kalau aku tulis jugak aku dah kira berdosa sebab tipu korang. Maqam ini yang paling tertinggi di antara maqam2 yang telah disebutkan tadi. walaupun sukar, tidak salah untuk kita berusaha untuk mencapai maqam ini. Nanti aku semak balik apa yang dikatakan sebagai Puasa Para Nabi ini.

Makanya, dimanakah maqam puasa kita?
Belum terlambat lagi untuk kita berusaha memperbaiki amalan puasa kita.

Sehingga berjumpa lagi di lain entri, sama2 kita tingkatkan amalan di bulan yang penuh barakah ini.

Awal Ramadan adalah Rahmat
Pertengahannya adalah Keampunan
Akhirnya adalah pembebasan dari Api Neraka.

Maka rugilah bagi mereka yang bila tiba akhir Ramadan, dosanya masih tidak lagi diampunkan.

Wallahua'alam...

25 Julai 2011

Dap dip dup...

Debaran 1: Ramadhan
Seminggu lagi Ramadhan bakal menjelang tiba. Rasa macam baru kelmarin dulu je raya, ni tahu2 dah puasa balik.

Masih teringat lagi Ramadhan kali yang lepas, boleh aku katakan itu bukan lah Ramadhan terbaik yang pernah aku lalui. Banyak manfaat dan kelebihan Ramadhan tidak dapat aku manfaatkan sepenuhnya. Alasannya mudah, lantaran kesibukan dengan urusan duniawi yang tidak pernah usai sehinggalah ajal datang menjemput.

Dalam setahun ni juga, boleh di katakan banyak perubahan yang telah berlaku terhadap diri aku dan sekeliling aku.

Dari pertukaran kerjaya ke syarikat lama ke syarikat baru. Bertukaraya status bujang kepada bertunang (insyaAllah bulan 11 ni bakal berlangsung, doa kan kami ya semoga semuanya berjalan lancar). Tak kurang juga kawan2 dan sahabat handai yang dah selamat mendirikan rumah tangga, yang berkereta baru, rumah baru, anak baru...eh eh, sesuai ke istilah anak baru tu? haha...tak kisahlah, yang penting korang faham maksud aku...

Apa pun, semoga Ramadhan kali ini akan aku gunakan dgn sebaik2nya...manalah tau, mungkin ini Ramadhan yang terakhir untuk aku...

Debaran 2: hari2 mendatang...
Ugh, boleh dikatakan aku sekarang berada dalam keadaan yang stress. Puncanya yang dapat aku katakan adalah berkaitan dgn kerjaya aku sekarang ni. Korang pun tahu kan, tak mudah nak cari kerja yang kita betul2 suka nak buat. Dan itulah yang tengah aku alami sekarang. Meminjam pepatah melayu lama....

Kalau nak di ikutkan rasa hati, memang mati.
Ikut rasa memang binasa.
Ikut nafsu, aish, jgn sekali2...

Sementara mencari ni, kerja je lah dulu. Nak berenti mcm tu saja, tak berani nak menanggung risiko. Lebih2 lagi dgn komitmen dan tanggungjawab yang akan bertambah kelak.

Debaran 3: hari bahagia...
Sebut pasal hari bahagia, tak semudah yang disangka untuk merealisasikan apa yg diimpikan. Banyak yang perlu difikirkan, banyak yang perlu diusahkan. Dan banyak juga yang perlu dibelanjakan. haha, itu biasalah....

Masih banyak lagi yang belum di buat, harap2 semoga ianya berjalan lancar dan majlis akan berjalan dengan sempurna.

Ya Allah, Kau berkatilah majlis kamin ini kelak dan panjangkanlah jodoh kami sehingga ke akhir hayat.

Kepada tunang tersayang, terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.
Ku pohon kelak, di waktu susah dan senang tetaplah setia dan sayang kepadaku.
Aku tiada yang lain, melainkan hanya dirimu...
Semoga kelak, kita akan bahagia meniti hari2 yang mendatang... =)

19 Mei 2011

Change it la...

Should this,

Be changed into this?


Baru lah betul kan?
Bayar dulu baru jalan
Tak bayar, tak leh jalan....haha

Apa komen anda?1

Cerita Kedai Kopi!


Hari ni jom sembang2 pasal topik: Orang Melayu ni Pemalas??!


Malas nak kerja
Malas nak baca buku
Malas nak berusaha
Malas nak berfikir
Malas nak belajar

Segala2 nya malas?!

Persoalannya, benarkah orang melayu ni pemalas?
Apa puncanya?
Bagaimana mengatasinya?
Apa pula komen anda?!
Mari kongsi bersama2

Sharing is Caring. =)

p/s: Wak, bak mai kopi jantan secawan!

18 Mac 2011

SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA!

Bencana itu sudah tiba di Jepun!
Tak apa. Kita kan di Malaysia…


Bencana itu sudah tiba di Johor!
Tak apa. Kita kan di Selangor…


Bencana itu sudah tiba di Gombak!
Tak apa. Kita kan di Petaling Jaya…


Bencana itu sudah tiba di Seksyen 5!
Tak apa. Kita kan di Seksyen 2…


Bencana itu sudah tiba di Jalan 2/4!
Tak apa. Kita kan di Jalan 2/8…


Bencana itu sudah tiba di rumah nombor 47!
Tak apa. Kita kan di rumah nombor 74…


Bahagian depan rumah kita sudah runtuh!
Syukur. Dapur kita masih selamat…


Memperkenalkan… mazhab Aku Tidak Pedulisma!


sumber: saifulislam.com

14 Februari 2011

Salam Maulud Nabi

Assalamualaikum....

Ada lagi ke orang tengok blog aku ni? haha, itu aku tak pasti. Kalau ada, berbanyak terima kasih aku ucapkan kerana sudi mampir.

Malam ni aku terpanggil untuk nak update blog sebab ada cerita menarik yang aku nak kongsikan. Jadi semua orang tahu yang malam ini kita semua sedang meraikan Maulud Nabi, dalam bahasa yang mudah meraikan keputeraan junjungan besar Nabi Muhamad (peace be upon him).

Jadi kalau kat tempat aku ni, di selalunya kalau tak disambut dengan marhaban, akan di adakan ceramah. Tahun ni, diadakan ceramah.

Banyak sebenarnya intipati yang disampaikan dalam ceramah tadi, cuma ada satu je yang aku nak kongsi. Bukan tak nak kongsi banyak2 tapi ni je yang sempat aku ingat dan aku rasa sangat menarik.

Ianya berkenaan dengan hadis Nabi yang berbunyi:

كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَنْ يَأْبَى؟ قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

Seluruh umatku akan masuk jannah, kecuali yang enggan.” Maka dikatakan: “Wahai Rasulullah, siapa yang enggan?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang menaatiku maka dia pasti masuk jannah, sedangkan barangsiapa yang mendurhakaiku maka sungguh dia telah enggan (masuk jannah).” (Hadits Riwayat Al-Bukhari)

Faham tak??

Bahasa mudahnya begini lah. Siapa buat baik kira taat kat Nabi, siapa buat jahat(kemungkaran) tu kira derhaka lah. Jadi orang yang derhaka ni lah yang Nabi cakap yang dah di bagi peluang masuk syurga tapi kok tak nak. Ha, kan dah keluar jawa aku.

Jadi korang fikir2 kan lah. Nabi dah jamin bahawa seluruh umatnya akan masuk Syurga, tapi ada juga yang enggan, atau dengan kata lain tak mahu. Dah di suruh dah ni, dah di panggil2 suruh masuk tapi kok tak nak. Kok nak jugak masuk ke Neraka.

Nau'zubillahiminzalik.....

16 Julai 2010